Kelas Softskill (Mentor Mentee Mic. Powerpoint) & Advokasi (Penipuan Kewangan)

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Softskill (Mentor Mentee) dan Advokasi (Penipuan Kewangan). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi (Penipuan Kewangan) dan Softskill Mentor Mentee. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 7 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Softskill 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Penipuan Kewangan. Pada sesi ini, penerangan tentang apa itu Penipuan Kewangan, jenis-jenis penipuan, contoh-contoh penipuan serta bagaimana mengelak dari menjadi mangsa Penipuan Kewangan yang sedang berleluasa masa kini.

Seterusnya dalam Kelas Softskill (Mentor Mentee) pula, beberpa peserta telah dipilih untuk menjadi Mentor bagi membantu Mentee mereka menyiapkan 5 Slides Show Powerpoint bertajuk Jenayah Siber. Pada kelas petang itu, diterangkan apa itu Mentor Mentee. Setelah diterangkan peserta memahami maksud Kelas Softskill pada petang itu. Hasilnya, dalam kelas petang itu Mentor membantu Menteenya menghasilkan Slides Show Mentee mereka dan dalam masa yang sama, Mentor dapat menambahkan pengetahuan mereka dengan lebih setelah membantu Mentee mereka.

Daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Softskill peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Powerpoint dan Peranan Mentor Mentee pada kelas petang itu. Kami berharap peserta-peserta yang menghadiri kelas ini dapat menghasilkan olahan Slide Show yang terbaik.

# SEMOGA BERJAYA!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali